Wednesday, December 25, 2013

PANAS BARAN


1) Punca-punca sikap panas baran.

Dalam satu hadis Nabi SAW baginda ada bersabda:
"Daripada Abi Hurairah bahawa Rasul SAW. Bersabda : Tidaklah boleh dikatakan kuat (gagah) itu, kerana kuat bergusti, bahkan kekuatatan yang sebenar itu ialah mereka yang dapat menguasai dirinya ketika marah". 

Jelas sekali di sini bahawa Nabi sendiri mengiktiraf wujudnya perasaan marah dalam diri seseorang namun begitu ia sesuatu yang boleh dikawal dan diatasi. Dan tidaklah boleh seseorang itu mengawal perasaan marahnya itu melainkan dengan ilmu serta kekuatan jiwa dan iman.

Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya, wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini. 
Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling, pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan.

Berikut adalah antara faktor yang menjadi punca timbulnya sikap panas baran itu:

  1. Seseorang itu dibesarkan oleh ibu atau bapa yang kuat marah. Kesannya, sikap marah ini dipelajari olehnya sejak kecil dan mula diwarisinya.

  2. Mengikut penagalamannya, apabila dia marah maka dia memperolehi apa yang dihajatinya. Atau orang lain akan tunduk dan ikut kata-katanya. Ganjaran sebegini membuatkan minda bawah sedarnya percaya bahawa dengan panas baran maka matlamatnya boleh tercapai. Tanpa disedari ia menjadi satu habit yang sukar untuk dibuang.

  3. Panas baran adalah satu sikap mazmumah yang ada dalam diri dan meupakan pintu masuk syaitan. Apabila dituruti perasaan baran ini seseorang itu boleh meyesali setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya ketika dibawah perasaan negatif ini.

  4. Disebabkan oleh sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.

  5. Apabila cakapnya tidak didengar atau nasihat tidak diendahkan. Sedangnya padanya, apa yang disampaikannya itu penting.

  6. Apabila dirasakan haknya diambil, dirampas atau dicabuli.

  7. Apabila seseorang itu merasakan kuasa dan kedudukannya tidak dihormati dan setiap arahan yang diberikan tidak dipatuhi dan dilaksanakan.

  8. Faktor usia yang muda juga ada kaitannya dengan panas baran. Usia yang muda juga biasanya bermakna kurang pengalaman hidup lalu sukar membuat pertimbangan, kurang peka terhadap perasaan orang lain dan mudah ikut hati dan perasaan.


Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang-kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada kadar yang tidak sepatutnya. Tetapi sebaliknya jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan sebagai panas baran.

10 Risiko Individu Panas Baran – Dipulaukan masyarakat sekeliling, Jiwa kosong (murung), Hilang pekerjaan/Jawatan, Penceraian, Kemalangan, Pergaduhan, Kesalahan jenayah, Melakukan penderaan, Tekanan perasaan, Penyakit kronik (darah tinggi, migrain).

2) Adakah ia berkaitan dengan keturunan atau penyakit jiwa?

Kalau sekadar marah, semua orang memilikinya dan pernah melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. Ada juga berpunca dari kesan penderaan emosi sewaktu kecilnya lalu menjadi trauma. Pengalaman negatif ini tertanam dalam minda bawah sedar dan meletus apabila ada faktor yang seumpama dengannya berlaku. Malah ada ketikanya sifat marah yang terpendam ini bertukar menjadi amuk. 

Tidak dinafikan masyarakat Melayu terutamanya percaya wujudnya saka. Saka adalah merujuk kepada jin yang diwarisi oleh sesuatu keturunan bermula dari nenek moyang kita dahulu hingga kini. Meski pun generasi hari ini tidak percaya akan wujudnya saka, namun realitinya perjanjian telah pun dibuat antara nenek moyang mereka dengan makhluk halus ini mengikut perjanjian tertentu. Apabila penjanjian dimungkiri maka anak cuculah yang menjadi mangsa dan pelbagai masalah yang pelik berlaku. Ini boleh juga menjadi penyebab terdorongnya rasa baran yang melampau. Sebab itulah sejarah keluarga perlu dikaji dan kaedar terapi al-quran serta rawatan Islam perlu digunakan.

3) Tanda-tanda seseorang itu panas baran?

Tanda-tanda seseorang itu panas baran ialah apabila dia dengan mudah hilang kawalan sama ada melalui mimik muka, perkataan atau dengan tindakan. Ada ketikanya perkara yang dia hilang kawalan diri merupakan perkara yang kecil dan remeh temeh. Apabila isu-isu kecil dijadikan besar dan kemarahan yang dilontarkan itu melampaui had maka itu tandanya seseorang itu ada sikap panas baran. 

4) Bagaimana tangani sikap panas baran?

Berikut adalah beberapa tip untuk tangani sikap panas baran:

  • Panas baran datangnya dari api yang meluap-luap dari dalam. Oleh itu ambillah segelas air sejuk lalu minum.

  • Ambil wuduk dan jika berpeluang terus dirikan solat sunat dua rakaat. Ubah posisi atau kedudukan. Kalau kita sedang marah ketika berdiri maka duduklah. Kalau sedang duduk maka berdirilah. Perubahan posisi ini dapat membantu meredakan perasaan. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

  • Beristighfar dan berselawat banyak-banyak.

  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi. Malah salah satu buku yang pasti mengubah cara fikir seseorang dan perlu dijadikan rujukan setiap masa adalah ‘How to win friends and influence people’, iaitu salah satu buku klasik yang telah ditulis oleh Dale Carnegie.

  • Kenali diri sendiri dan ketahui apakah faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu. Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.

  • Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula. Ia adalah Hukum Karma yang kita tidak dapat lari darinya.

  • Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak. Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa stres yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.

  • Jika sikap panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui kaunselor atau pakar psikiatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

  • Sentiasa berfikir positif dengan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah dan kebaikannya. Fokus kepada hikmah. Misalnya, jika seseorang itu memotong barisan kenderaan dalam kesesakan trafik, kita katakan pada diri “oh, orang itu mungkin tergesa-gesa mahu ke tandas”, atau, “oh, mungkin anaknya sakit dan memerlukan dia sampai cepat dan satu hari aku pun mungkin terpaksa lakukan perkara yang sama jika sudah terpaksa”. Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.

  • Tinggalkan tempat berlakunya kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain. Lagi lama kita berada disitu lagi tertekan rasanya hati. Ketika sudah berada jauh dari situ, tarik nafas dalam-dalam. Otak ketika marah kekurangan oksigen. Oleh itu pejamkan mata lalu tarik nafas perlahan-lahan melalui dalam kiraan 7 dan rasakan udara sejuk masuk melalui hidung. Lepaskan nafas juga melalui hidung dalam kiraan 7. Rasakan udara panas yang melalui rongga hingga dihembus keluar. Katakan pada diri secara positif, “Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.

  • Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergas banyak membantu akal untuk mengawal emosi.

  • Jaga pemakanan, elakkan dari banyak memakan daging merah. Sebaliknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.


5) Apakah bentuk bantuan yang boleh masyarakat atau orang sekeliling berikan kepada seorang panas baran.
  • Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.

  • Faham faktor-faktor yang menjadi pemicu baginya dan cuba untuk tidak memulakannya.

  • Sabar dengan mereka yang panas baran, cuba bercakap dengannya dalam nada yang
    perlahan lagi lembut.

  • Ajar dia beristighfar dan menarik nafas dalam-dalam.

  • Berikan dia segelas air sejuk.

  • Usah berada di situ, biarkan dia sendiri buat sementara. Mungkin dia perlukan masa dan ruang untuk kembali rasional.

  • Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan mereka yang mempunyai sikap panas baran ini berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati. Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukan masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.
6) Kesimpulannya.

Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan.

Pernah satu ketika Saidina Ali sedang marah pada musuhnya lalu menghunus pedang mahu membunuhnya. Namun, hasratnya itu dibatalkan. Lalu musuh itu bertanya kepada Saidina Ali kenapa dia tidak mebunuhnya. Saidina Ali lalu menjawab yang beliau tidak mahu membunuh musuh kerana perasaan marahnya. Tetapi sebaliknya Saidina Ali membunuh musuh kerana Allah dan Rasul demi menegakkan syiar Islam.

Panas baran ini adalah satu penyakit yang ada kaitannya dengan masalah jiwa dan setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila kita menerima hakikat yang diri ini memang bermasalah dan mula membuka hati untuk merawatnya maka panas baran akan mudah diatasi. Lihatlah kehidupan ini dari ruang lingkup yang luas dan bukannya melalui tingkap yang sempit. Dalam hidup ini kita perlukan orang lain lebih-lebih lagi mereka yang rapat dan ada pertalian keluarga dengan kita. Sikap panas baran hanya akan menjauhkan mereka dari kita dan ini merugikan hidup. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.

Perbezaan Cinta Sebelum dan Selepas Kahwin

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. 


Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

Pertama : 
Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka. 

Kedua :
Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta

Ketiga :
Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

Keempat :
Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.


Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.



Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya.

Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum: 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:



1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

Hukum wanita letak gambar di laman sosial



Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki, isu niat dan isu fitnah.
Firman Allah SWT:
Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahirdaripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )
Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)
Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:
Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)
Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan. Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir
“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan
Maka dengan itu, sengaja meletakkan gambar walaupun  menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj, aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .
Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .

HUKUM MENYAMBUT DAN MENGUCAPKAN KRISMAS


HUKUM ORANG ISLAM MENYAMBUT DAN MENGUCAPKAN KRISMAS | Ramai umat islam terlalu ghairah mengucapkan Merry Christmas dan ada yang begitu gembira sehingga turut ikut serta menyambut perayaan ini. Namun, tahukah anda bahawa HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM MENGUCAPKAN DAN MENYAMBUT PERAYAAN INI?

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:

Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Hari Natal) kepada orang-orang Kafir? 

Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita?

Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

Jawapan:

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bida'ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meridhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu. [Az-Zumar:7]

Ertinya : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga kerana ia adalah hari besar yang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

Artinya : Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi . [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ikut serta bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,

Ertinya : Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka. [Hadits Riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Tuesday, December 24, 2013

SHORTFORM BAHAYA! ASSALAMUALAIKUM - AKUM - SALAM - WAALAIKUMSALAM - SEMUANYA ADA MAKSUD TERSEMBUNYI

ASSALAMUALAIKUM ataupun ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH adalah cara memberi salam sesama muslim yang sebenar. Biasakan kita baca dalam SMS, 'Akum bro! aku dh smpi ni bla bla bla'. Tahukah anda makna di sebalik ayat itu? Cara menjawab salam dengan betul? Cara menyampaikan salam?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangb uruk). (QS. 43:89)


Ilmu ini sekadar untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ada satu perkara yang perlu diingat semasa menjawab salam, biasanya kita dengar orang jawab salam kita dengan bunyi “WAALAI KUM SALAM”. Walhal yang betulnya adalah “WAALAI KUMUS SALAM”.

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, Assalamualaikum pada Mctheory ya”. Bukan : “Kirim salam kat Mctheory yer”. By the way Mctheory kawan Keris ni Islam jangan risau. Cuma dia tak sedar diri dan rasa diri omputih! Haha!

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Kau tolong kirim salam maut kat dia yer“. Walaupun bergurau kalau ikutkan ia menyalahi syariat dan berdosa. Memberi salam dan menjawab salam pun ada pahala dan dosa ya!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Pesan kepada rakan yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Lebih baik tulis Assalamualaikum dari kita teruskan dakyah yahudi melalui AKUM. Semoga ada manfaat melalui artikel ini. Lupa, betulkan Keris jika ada yang salah. 

K7L : Yahudi akan pandang rendah pada umat yang lain..sifat bongkak mereka kekal sampai kiamat..